“Bukan Begitu Nak Jadi Penghuni Syurga, Ujian Tu Akan Angkat Darjat…” – Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Isu Mawar Rashid Kini ‘Free Hair’

Baru-baru ini, heboh di media sosial mengenai pelakon, Mawar Rashid yang kini memilih untuk tidak lagi memakai hijab.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di Instagram miliknya pada awal Selasa sehingga telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengikutnya.

Terkini, pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki tampil memberi ulasan terhadap Mawar yang telah membuka tudung.

Menerusi hantaran di Instagram, Ustaz Dusuki berkongsi tangkapan skrin laporan berita portal XTRA yang melaporkan mengenai Mawar kini tidak lagi berhijab.

Jelasnya, darjat seseorang manusia akan diangkat sekiranya kita berani melawan ujian, istiqamah dan tidak lalai dengan maksiat.

“Bukan begitu untuk menjadi penghuni Syurga wahai para muslimah, jadikanlah diri kita sebagai manusia yang istiqamah dengan Islam.

“Apabila kita taat, sudah tentu kita akan di uji dengan ujian. Saat itu, jangan kita kembali membuat maksiat, apabila kita sudah menutup aurat, istiqamahlah dengan taat.

“Bukan kita mengalah sehingga kembali membuat maksiat! Ujian itu akan mengangkat darjat,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Mawar membanjiri ruangan media sosial apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Sementara itu, abang ibarnya, penyanyi dan cef selebriti Fazley Yaakob menghormati keputusan Mawar dan mempercayai isteri kepada Raf Yaakob itu telah berfikir dengan matang.

Artikel Berkaitan: Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Artikel Berkaitan: “Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Aqilah Paharuzi