Categories: SelebritiTrending

Nafi Hadir Acara Untuk Tonton Aliff Aziz, Bella Astillah Pula Dakwa Sophia Albarakbah Menipu? – “Lepas Aliff Habis Nyanyi Je Terus Gerak Balik”

Sebelum ini, pelakon jelita Sophia Albarakbah menafikan bahawa dia hadir ke sebuah program nyanyian untuk menonton pelakon, Aliff Aziz menerusi sebuah video temu bual yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan.

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Terbaru, pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz tampil mendedahkan bahawa kenyataan yang diberikan oleh Sophia itu menipu semata-mata.

Dedah Bella lagi, nama Sophia tidak tersenarai dalam senarai tetamu program tersebut dan terus melangkah balik selepas Aliff habis membuat persembahan.

“Ya Allah 😂 Masih nak menipu stay lepas Liza Hanim? Serious la dia ni. Dah lah nama takde dalam guest list.

“And then lepas Aliff habis je nyanyi dia terus gerak balik. Dah lah duduk depan wartawan, pastu nak menipu lagi.

“Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu & putar belit,” kongsinya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini menjadi goyah apabila mendakwa Sophia berhubungan dan mengganggu Aliff ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Puji Bella Astillah Lebih Matang, Aliff Aziz Takkan Berlakon Dengan Sophia Albarakbah Lagi – “Dia Hanya Ingin Terbaik Untuk Saya”

Atiqah Johari