“Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

Penyanyi kegemaran ramai, Aina Abdul dan bintang terkenal, Ernie Zakri acap kali menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila mereka bertanding dalam anugerah.

Dua nama selebriti popular ini tidak asing lagi mempunyai tahap vokal bertaraf antarabangsa, namun begitu nama mereka sering dibandingkan oleh segelintir peminat muzik.

Malah, ramai yang menganggap Aina dan Ernie saling bersaing antara mereka sehingga rata-rata netizen memberi respons toksik di media sosial.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37, Aina menjelaskan kritikan negatif netizen itu sama sekali tidak menjejaskan hubungannya bersama Ernie sebagai rakan baik dalam industri.

Jelas pelantun lagu Sepi ini, Aina berkata dia amat mengenali sikap Ainations (kelab peminat) yang sebenar di mana mereka tidak akan bercakap buruk sehingga mencalarkan imej seorang figura ‘Aina Abdul’.

Aina Abdul, Ernie Zakri best gym buddies!

“Satu komen tak akan memberi kesan kepada apa-apa perkara.. Saya dan Ernie kami masih ‘best buddies’.

“Kita pergi gym pun sama-sama jadi tak ada istilah kami ini bersaing sesama sendiri.

“Walaupun ada yang memberikan komen buruk tentang saya dan Ernie, tetapi saya tak mahu claim dia adalah peminat saya, ataupun peminat sesiapa.

“Saya tahu fans saya, sekiranya benar yang berkata-kata di media sosial ini memang peminat tegar Aina Abdul saya yakin mereka tak akan berkata buruk seperti itu. Saya akan tetap pertahankan peminat saya,” ujarnya ketika dihubungi XTRA.

Tambah Penyanyi Wanita Popular Anugerah Berita Harian (ABPBH) ke-35 ini, Aina berharap orang ramai akan berhenti menyakiti Ernie dan keluarganya.

“Come meet me and Ernie.. We are very cool. Saya harap sangat tolong jangan cakap sebarang perkara yang boleh melukakan hati Ernie, keluarganya.

“Saya tak nak ada masalah dengan sesiapa pun, saya mahukan persaingan yang menyeronokkan. Industri yang meriah.

“Kalau nak tahu, saya dan Ernie setiap kali kami berjumpa tak pernah pun sekali kami bercakap tentang industri, ataupun mengenai pemiinat kami.

“We enjoy our food so much! Banyak girls talk, coffee talk,” akhirnya.

Sebelum ini, nama Aina dan Ernie hangat menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai kontroversi.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Artikel Berkaitan: Peminat Bandingkan Dengan Selebriti Lain, Aina Abdul Nasihat Ainations – “Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Cakap Buruk Tentang…”

Aqilah Paharuzi