”Bukan Korang Yang Bagi Aku Makan” – Zarina Anjoulie

“Assalamualaikum, saya secara rasmi buka tudung. Aku tak kisah dengan kecaman sebab bukan korang yang bagi aku makan. Jadi jangan kecam,” dedah artis kontroversi, Zarina Anjoulie di Instagramnya hari ini.

Dalam IG sama, dia turut membalas komen peminat yang mengecamnya mengenai keputusan dia membuka tudung.

“Kalau tiada siapa paksa buat apa pakai (hijab). Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zarina turut memuat naik memohon maaf kepada umum yang hampa dengan keputusannya itu.

 

“Saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki.

“Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.

“Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan,” tulisnya.

Sebelum ini, Zarina mengejutkan netizen apabila memuat naik video dan foto dirinya tidak lagi bertudung.

Lebih berani, dia memuat naik video bersama beberapa rakan wanita dengan hanya memakai pakaian jarang hingga menampakkan sebahagian besar buah dada.

Video panas yang tular di media sosial sejak kelmarin mencetuskan kemarahan ramai terutama tindakannya seolah-olah mempersendakan agama.

Oleh: Guy Masaki

Del14