“Bukan Nak Kena Jadi BFF, Masing-Masing Ada Family” – ‘Malas’ Panjangkan Isu, Neelofa Mahu Buka Chapter Baru

Selebriti popular, Noor Neelofa mengaku sudah bersedia untuk menamatkan krisis yang berlaku melibatkan dirinya dan juga penyanyi Nur Fazura.

Menurut Neelofa menerusi temu bualnya bersama Melodi, sekiranya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai, berbaik dan move on, dia akan menyambut dengan hati yang lapang.

Katanya, dia dan Fazura masing-masing sudah mempunyai keluarga, anak dan kehidupan masing-masing, justeru hal negatif yang membelenggu peminat termasuklah isu perang dingin yang selama ini tular perlu ditamatkan.

“Sekiranya diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan move forward dari isu-isu yang lepas saya akan sambut dengan hati yang baik, dan hati yang lapang. Inshaa-Allah.

“Dan saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Having said that kita dua-dua pun dah ada family, ada anak masing-masing pun nak letak kebelakang jauh benda-benda lama dan kedepan,” katanya.

 

Selain itu, isteri kepada pendakwah bebas popular, PU Riz ini juga menjelaskan, tidak perlu menjadi sahabat baik untuk menamatkan konflik yang timbul, sebaliknya cukup sekadar membuka lembaran baru dan pandang kehadapan.

“Bukan nak kata kena jadi BFF tidak, tapi cukup sekadar kita membuka chapter yang baru dan moga dengan ini followers-followers, peminat masing-masing netizen dekat luar sana boleh ambil kebaikan daripada apa yang kita buat dan meninggalkan segala benda yang tidak baik,” jelasnya.

Pada Khamis, Fazura memaklumkan, dia tidak berniat untuk membuka aib sesiapa, namun dalam masa sama tidak mahu fitnah mengenai perkaramelibatkan dirinya terus bertebaran.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Persoal Niat Naratif Isu Perang Dingin Bersama Neelofa – “Tak Berkawan Bukan Bermaksud Bermusuh”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Didakwa Tak Sebulu Dengan Nur Fazura… Neelofa Mahu Berdamai, Terbuka Hati Tamatkan Spekulasi Sengketa

Salma Syahbuddin