BUKAN PEMALAS EH! – NORA DANISH

Bukan pemalas mahupun mengada-ngada.

Itu antara luahan Nora Danish apabila ada segelintir netizen di luar sana yang melabel tindakannya berkerusi roda sebagai mengada-ngada.

Menurut pelakon yang masih cantik walaupun usia kandungannya sudah mencecah 7 bulan, Nora mengakui bahawa kehamilannya pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalamannya ketika mengandungkan anak sulungnya, Putra Rayqal sembilan tahun yang lalu. 

Antara gambar Nora Danish berkerusi roda

Nora turut mengakui bahawa, kehamilan keduanya pada usia 36 tahun ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatannya. Dan, tindakannya untuk berkerusi roda itu adalah disebabkan dia sendiri mengalami masalah sakit tulang pinggul. 

“Kali ini pengalaman hamil sangat berbeza. Dulu mungkin sebab usia lebih muda, jadi lebih mudah. Apabila usia sudah 30-an tentunya ada perbezaan.”

“Lagipun, bayi saya agak besar dan akibatnya saya memang langsung tidak boleh berjalan sampai terpaksa berkerusi roda selama tiga minggu,” katanya.

Nora bersama Suami dan anaknya

Nora Danish turut menjelaskan, dia sama sekali enggan memikirkan komen negatif yang dilemparkan oleh netizen diluar sana terhadap dirinya mengenai isu berkerusi roda. 

“Saya sentiasa berfikiran positif. Jadi, saya tidak membaca komen negatif yang mereka tulis di media sosial.  Saya tak mahu jiwa jadi kacau kerana kritikan itu,” tambahnya yang dijangka akan bersalin pada awal Mac depan.

Ini merupakan perkahwinan kedua pasangan ini dan masing-masing memiliki seorang anak hasil perkahwian pertama mereka. 

 

 

Salma Syahbuddin