“Bukan Reti Buat Anak Je” – Lepas Tangan Pada Isteri, Dayana Roza Minta Para Suami Belajar Ilmu Ibu Bapa

Pelakon Dayana Roza meminta para-para suami untuk belajar ilmu untuk menjadi bapa dan lebih memahami dan bertimbang rasa terhadap isteri.

Menerusi hantarannya di Instastory, dia memuat naik petikan berita yang mengatakan isteri dalam pantang menyesal berkahwin dengan suami gemar bermain ‘game’ kerana tidak pernah menguruskan anak.

Menurutnya, sesetengah golongan lelaki yang sudah berkahwin ini tidak mengambil peduli tentang kesukaran yang dialami isteri yang bersusah payah menjaga anak-anak mereka.

Malah, Rozana berpendapat tindakan itu menunjukkan mereka tidak cukup ilmu untuk menjadi seorang bapa.

“Ada sesetengah lelaki yang rasa beranak tu senang, czer tu sakit kejap je, mental dan fizikal takde effect apa-apa lepas bersalin.

“Jaga newborn tak tidur malam tu senang, postpartum depression tu tak wujud dan sebagainya sebab lelaki tu takde ilmu yang cukup dan tak lalui fasa tu semua,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakkan isteri juga tidak mahu bersuara kerana bimbang akan derhaka terhadap suami.

“Tapi isteri tak boleh banyak complain sebab nanti derhakan pada suami sebab buka aib.

“So isteri-isteri yang nasib macam ni kena hadap dengan toxic relationship ni sampai 4, 5 orang anak?,” soalnya.

Sementara itu, Dayana menegaskan golongan lelaki yang bakal menimang cahaya mata agar menimba ilmu tersebut.

“Kena google banyak-banyak sikit belajar co-parenting. Bukan reti buat anak je,” ujarnya.

Maya Basir