“Bukan Sebab Tak Profesional” – Tahu Batas & Hormat Suami, Ayda Jebat Pilih Untuk Tidak Bekerjasama Dengan Redza Rosli

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menyatakan bahawa dia lebih selesa untuk tidak bekerjasama dengan pelakon Redza Rosli yang juga merupakan bekas kekasihnya dulu.

Memetik temu bual Melodi, Ayda tetap dengan pendiriannya untuk tidak bergandingan dengan Redza jika diberi peluang bagi menjaga batas dan menghormati suami, keluarga dan keluarga mentuanya.

“Peluang? Im not ready yet. Saya tak akan terima. Bukan sebab I tak profesional. Ada orang boleh tapi I need to respect dia juga and of course my family, my husband. I think tak perlulah.

“Begitu juga Nabil, yang lepas-lepas kalau nak kerja sama memang kita dua dah discuss… rasanya tak perlulah. Kita ada option, kalau tak ada memang ini je job yang kita ada mungkinlah tapi sebenarnya tak boleh la,” jelas Ayda.

Bukan itu sahaja, isteri kepada pelakon dan pengacara Nabil Mahir itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Redza tetapi berasa kurang selesa untuk bekerjasama.

Malah, dia cuba untuk mengelak daripada timbul kontroversi seperti peminat cuba kenenkannya semula kerana peka akan statusnya sebagai seorang isteri dan menantu.

“Whatever yang jadi semua memang kita dah lupa lah cuma untuk bekerjasama, bila kita shooting kita akan berada dalam dekat set. Bukanlah kita hadap apa-apa lagi tapi kurang selesalah sebab bila kita berada dekat set lama mungkin akan ada peminat yang dulu-dulu yang suka kita dua, dia kenenkan lagi… apa husband saya akan fikir? Apa my family akan fikir? Apa my in-law akan fikir? Kenapa tiba-tiba ada gosip ni pulak.

“Untuk mengelakkan benda-benda ini, lebih baiklah kita tidak bekerjasama.

Untuk info, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah berkahwin pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla.

Dalam perkembangan lain, Ayda dan adiknya, Fyna Jebat kini bersaing dalam Famili Duo.

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Atiqah Johari