Categories: HiburanSelebriti

’Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia’- Faradhiya Pilih Tidak Kongsi Hal Peribadi Di Sosial Media

Pelakon dan penyanyi Faradhiya antara selebriti yang bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh pelakon Nabila Huda berhubung public figure harus mengawal apa yang dimuatnaik di sosial media.

Akui penyanyi Bertakhta Di Hati ini, dia memiliki alasan tersendiri berbuat demikian kerana akur bukan semua orang gemar melihat orang lain bahagia.

“ Ia adalah peringatan untuk kawan-kawan dalam bidang seni yang lebih terdedah dengan makcik dan pakcik bawang.

“ Kenyataanya bukan semua suka tengok kita bahagia, bukan semua suka tengok kita berjaya, bukan semua suka yang baik-baik.

“ Yes zaman sekarang ramai yang pelik, yang sakit hati for nothing dan menakutkan,” katanya.

Sementara itu, selebriti berusia 35 tahun ini bersetuju dengan pandangan Nabila Huda agar tidak lagi berkongsi mengenai kehidupan peribadi di sosial media.

“ Anda perlu beritahu dan bercakap dengan Tuhan mengenai segalanya anda mahu tetapi bukan dengan memberitahu orang awam.

“ Kalau nak kongsi juga, tanggung la sendiri kesannya. Sebarkan kasih sayang dan aura positif sebanyak mungkin yang anda boleh,” akhirinya.

Terdahulu, pelakon Nabila Huda memuatnaik pesanan di IGnya meluahkan kekecewaan terhadap netizen yang lebih gemar mengambil tahu hal peribadi berbanding karier seseorang selebriti itu. 

Dalam masa sama, Nabila Huda tampil dengan pandangan tersendiri agar rakan selebriti tidak lagi berkongsi hal peribadi di sosial media.

SGMS Faida