Categories: HiburanSelebriti

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Pereka fesyen Ezuwan Ismail kecewa apabila usahanya menghasilkan sebuah single seolah-oleh tidak disenang individu tertentu.

Ezuwan menerusi IGnya memberitahu semangatnya seolah pudar apabila berdepan dengan situasi sebegini.

“ Macam nak stop. Macam-macam lah rasa ni. Jadi bercampur baur. Saat minat belum teruji terus dihukum itu dan ini.

“ Macam rasa nak pergi jauh tinggalkan semua ini. I wish…Kalau hidup ini ada pilihan, memang nak tinggalkan semua,” luahnya sedih.

Ezuwan yang menulis kapsyen panjang disertai dengan gambar sudu mencuri tumpuan netizen apabila dikaitkan dengan sindiran seorang pelakon terkenal, semalam.

“ Kalau cakap bab makan pun kita ada pilihan, nak makan dengan tangan atau guna sudu. Nak makan pun jangan gelojoh kang jangan sampai tercekik pula dengan sudu,” katanya. 

Dalam masa sama, Ezuwan meluahkan indahnya sebuah kehidupan jika tiada sikap suka mengadili orang lain.

“ Indahkam hidup kalau tak ada sikap judgemental. Semua orang berhak bersuara kata itu ini,” akhirinya.

Terdahulu, Ezuwan mengumumkan dia kini menganggotai kumpulan trio digelar E1 bakal mempertaruhkan karya komposer Asfan Shah dan bakal mengetengahkan fesyen dalam lagu.

Lagu dengan konsep balada itu dijangka dilancarkan pada Khamis ini.

SGMS Faida