“Bukan Setakat Handsome” – Fattah Amin Terima Anugerah Dekan, Netizen Puji Cukup Pakej

Pelakon Fattah Amin menerima Anugerah Dekan dari Universiti Utara Malaysia yang diadakan di sebuah hotel, semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fattah memuat naik foto sijil dekan yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

“Majlis Penyampaian Anugerah Dekan,” tulisnya.

Di majlis tersebut, pelakon filem Mat Kilau ini tampil dengan gaya ‘smart casual’ dan berbaju batik.

Selain Fattah, selebriti yang turut menerima sijil dekan tersebut ialah Tomok, Aril Pilus dan Amir Masdi.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut memberi ucapan tahniah diatas pencapaiannya di dalam bidang pendidikan.

Malah, ada yang memuji Fattah memiliki pakej yang lengkap.

“Wah tahniah Fattah. Complete semua Dada Fatima ni. Pandai, kacak, seorang bapa & suami yang soleh dan penyayang pada bidadarinya. Along yang baik pada keluarga.

“Bukan setakat handsome malah pintar ya.

“Hats off to you! Handsome with brain,” komen netizen.

Maya Basir