Dedah Dianiaya Suami & Minta Tips Kekuatan, Puteri Sarah Mohon Netizen Titip Kata Semangat Untuk Wanita Itu

Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah berkongsi satu tangkap layar kiriman mesej seorang wanita yang berhadapan dengan masalah rumah tangga di mana suaminya mempunyai perempuan simpanan.

Melihat kepada kiriman mesej tersebut, wanita yang meminta profilnya itu disembunyikan memaklumkan bahawa suaminya curang bersama perempuan lain dan akhirnya kantoi.

Apa yang lebih menyayat hati, individu itu memberitahu bahawa kisah hidupnya lebih rumit kerana selama ini hanya bergantung sepenuhnya dengan suami.

Malah, wanita itu turut meminta berkongsi bagaimana Sarah mempunyai semangat yang kuat dan keluar dari situasi sebegini.

Susulan itu, Puteri Sarah bertindak dengan meminta orang ramai untuk memberikan kata-kata semangat untuk wanita itu.

“Allahuakbar, please bagi kata-kata semangat untuk dia,” tulis Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa sering kali menerima soalan berkaitan ‘penyondol’ dan dia mengambil pendekatan dengan berkongsi sebuah forum yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi para isteri mengetahui tentang hak dan tindakan yang boleh diambil jika berdepan masalah rumah tangga disebabkan oleh orang ketiga.

Artikel Berkaitan: Masih Dihujani Soalan Berkaitan ‘Penyondol’, Puteri Sarah Kongsi Forum Untuk Tahu Hak! – “Isteri Kena Ada Ilmu”

Atiqah Johari