Bunga Akhirnya Masuk Rumah Baharu – “Kena Usaha & Kerja Lebih Kuat Lagi”

Hasrat penyanyi, Bunga untuk memasuki rumah sendiri akhirnya tercapai apabila kediamannya itu siap sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, berkongsi momen dia di kediaman baharunya itu setelah lebih 3 tahun menunggu.

“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari jumaat yang mulia, tunggu dari tahun 2021, tahun ni dah siap!

“Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pula,” kongsinya teruja.

Dalam pada itu, pelantun lagu Buai itu turut menitipkan pesan agar setiap keputusan yang dilakukan adalah kebaikan untuk hidup dan diri sendiri.

“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan.

“Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita.

“Jadi, jalan terus! No simpang simpang! Kita saja tahu diri kita,” tutupnya.

Terdahulu, Bunga yang terkenal dengan genre Hip Hop itu meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah pada usia 21 tahun selepas dua tahun bergiat dalam industri muzik tanah air.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Khairil Khusyairi