Cabar Diri Kurus Dalam Masa 30 Hari, Ayda Jebat Mahu ‘Maintain’ Berat Badan 46 Kilogram

Genap 12 hari melahirkan cahaya mata keduanya, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memaklumkan dia mahu mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan dalam tempoh 30 hari.

Katanya, dia ingin mengembalikan berat badannya kepada 46 kilogram sama seperti sebelum hamil anak keduanya, Aalif Mateen.

“Nak buat cabaran kurus dalam masa 30 hari. My weight before pregnant number 2 ni was 43kg. Last timbang before beranak jadi 55kg.

“Cabaran untuk diri sendiri, dalam 30 days nak dapat atleast 46kg. Boleh tak agaknya?,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Nakal ini berkongsi,  doktor juga menasihatinya agar tidak terlalu memilih makanan sewaktu sedang berpantang.

“Doctor dah pesan makan jangan pantang sangat, janji makan semua yang berkhasiat.

“Jangan tak makan sebab nak kurus! Kalau tak makan nanti takde energy, nak recover lagi and susu akan kurang. Boleh ke ni……. Okayla nanti saya update. Mampu ke tak nak kurus,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.

Salma Syahbuddin