Cakra Khan Muncul Di Pentas AGT, Terima Pujian Melambung Dari Juri & Rakan Selebriti

Penyanyi Cakra Khan tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya di Malaysia dan Indonesia selepas berkongsi momen dirinya beraksi di pentas America’s Got Talent, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Cakra menerusi sebuah hantaran di Instagram semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Cakra tampil berkongsi momen ketika dia menyanyikan lagu No Woman, No Cry nyanyian Bob Marley.

Terpaku dengan kelunakan suaranya, Cakra turut menerima pujian dan ‘standing obviation’ dari keempat juri program tersebut, Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.

Menurut Simon, dia terpaku dan jatuh cinta mendengar suara penyanyi tersebut kerana unik dan jarang didengari.

“Ia sangat jarang untuk mendengar suara macam tu. Lagu kedua ini buat saya rasa awak sangat menarik. Awak buat saya rasa awak adalah seorang artis. Saya sangat jatuh cinta dengan suara awak,” katanya.

Mendengar pujian tersebut, pelantun lagu Kekasih Bayangan itu turut kelihatan gembira dan meluahkan rasa syukurnya dalam perkongsian di Instagram.

“Bismillah , assalamualaikum semuanya. Hi everyone, I just want to say thank you for everything , I’m grateful to have you all on my journey @agt @agtauditions ..

“Semoga Allah SWT membalas kebaikan teman-teman semuanya ❤️ This song means a lot to me the legendary sir Bob Marley,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangan peminat dan rakan artis di Malaysia dan Indonesia.

Antara yang memberi komen di ruangan tersebut ialah, Hael Husaini, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Azira Shafinaz, Diana Danielle, Datuk Seri Rossa, Melly Goeslow dan ramai lagi.

Fatin Nurain