[VIDEO] Siti Nurhaliza Buat Trend ‘Geng Marhaban’ Cuit Hati Netizen – “Tak Jadi Marhaban, Jadi Konsert Terus”

Trending kini di media sosial adalah trend Geng Marhaban yang sedang rancak diparodikan wargamaya sehingga menjadi perhatian.

Sekiranya dilihat, ramai selebriti dan juga pempengaruh tidak melepaskan peluang untuk mengikuti trend tersebut yang menghiburkan.

Tidak terkecuali, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut serta melakukan parodi Geng Marhaban tersebut, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat tersebut memaparkan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu sedang melakukan parodi tersebut dengan gelagat Siti yang hadir ke majlis marhaban dan bersalaman dengan geng-geng marhaban yang lain.

“POV: Bila artis tiba-tiba join geng marhaban.

“Marhaban rumah Jenab tadi ada invite artis ye! Tak rugi join,” tulis pemilik perkongsian tersebut.

Ternyata gelagat Siti berjaya mencuit hati warganet dengan gaya-gaya yang dilakukan seperti mengalunkan ayat-ayat marhaban tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargenet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian yang mencuit hati tersebut.

Khairil Khusyairi