Calon Dah Jumpa, Zizan Bakal Kahwin?

Pelawak popular Zizan Razak memaklumkan dia sudah memasang niat untuk menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat namun bukanlah tahun ini.

Tambahnya, semua masih dalam perancangan.

“ Mungkin tahun depan,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa Rocketfuel di Hotel Eastin Kuala Lumpur semalam.

Ketika disoal siapakah wanita bertuah yang bakal bergelar permaisuri hati bekas pengacara Melodi itu nanti, Zizan enggan menyebut nama calonnya. Namun, sempat memberikan hint kepada pihak media.

“ Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.

“ Saya rasa anda pun dah tahu,” jawabnya ringkas.

Zizan juga berharap bakal isterinya nanti dapat menjadi lebih daripada seorang sahabat.

SGMS Faida