Categories: Sihat

Perhatikan Perangai Anda Jika Anda Turut Mempunyai Ciri Sakit Jiwa Seperti Jonghyun

Kematian penyanyi bintang Koreaa Selatan, Jonghyun, pada  18 Disember tahun lalu akibat membunuh diri, sedikit sebanyak menyedarkan ramai pihak bahawa kes bunuh diri bukan saja semakin meningkat tetapi juga sesuatu yang perlu dibendung segera.

Peningkatan kadar kes bunuh diri sekarang ini bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan lagi kerana ia boleh memberi kesan buruk pada generasi akan datang.

Bukan hanya Jepun sahaja, malah Korea Selatan juga terkenal dengan masyarakatnya yang giat bekerja tanpa mempedulikan kesihatan diri.

Terlebih kerja, terlalu depresi dan sentiasa bimbang, ia adalah salah satu tahap di mana dapat membawa ke arah membunuh diri.

Bagi warga Korea Selatan, berkongsi masalah emosi kepada sesiapa adalah satu perkara yang masih tabu menurut doktor psikologi, Dr.Kim Hyong-soo dari Chosun University di Kwangju.

Dengan berhadapan masalah tertekan dengan hidup, ramai warga Korea yang mengambil keputusan untuk membiarkan perkara itu. Bagi mereka, jika ada sesiapa yang mendapatkan rawatan dari pakar psikologi, mereka akan diberi stigma buruk sepanjang hidup dan disebabkan itu ramai yang mengelak dari berjumpa dengan pakar.

Kematian penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Jonghyun, akibat membunuh diri sedikit sebanyak membuka minda ramai tentang masalah depresi yang dialami bintang-bintang popular kegemaran ramai sehinggakan berani mengambil keputusan sebegitu sekali.

Foto: Verywell Mind

Anda boleh mengesan simptom-simptom sakit jiwa dan anda tidak boleh mengambil ringan akan perkara ini. Jika anda ada mengalami tanda-tanda tersebut, sebaiknya dapatkan rawatan pakar dengan segera.

1. Berasa sedih dan kecewa.

2. Sentiasa keliru atau hilang konsentrasi.

3. Takut atau bimbang yang melampau, atau perasaan bersalah yang terlalu tinggi.

4. Perubahan mood tinggi dan rendah yang sangat extreme.

5. Mensisihkan diri dari kawan-kawan dan aktiviti.

6. Sentiasa penat, kurang tenaga atau masalah tidur.

7. Delusional, paranoid atau sentiasa berhalusinasi.

8. Tidak mampu untuk menyelesaikan masalah harian atau stress.

9. Sukar untuk memahami dan yang kaitan dengan situasi serta orang disekeliling.

10. Alkohol atau penyalahgunaan dadah.

11. Perubahan besar pada habit pemakanan.

12. Perubahan pada rutin hubungan intim.

13. Amarah yang melampau, bermusuh atau bersikap lebih ganas.

14. Mula berfikir ke arah bunuh diri.

Sumber : Eh!

Yanie Baharom