Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca.

@icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, cuma kena rehat lama sikit lepasni ❤️♬ Ada Apa Denganmu – Noah

Menerusi perkongsian di TikTok yang dibuat oleh Shamieza yang mesra disapa Icaa, dia memberitahu keadaan suaminya semakin stabil dan memerlukan rehat yang cukup.

“Terima kasih semua yang mendoakan.

“Alhamdulillah, suami dah semakin stabil cuma kena rehat lama sikit lepas ni,” tulis Icaa.

Sementara itu, Tajul juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Icaa di akaun TikTok miliknya kerana sentiasa berada disisinya biar apapun yang terjadi.

“Terima kasih yang doakan Tajul, dan tak lupa juga untuk wife I yang sentiasa ada di sisi walau apapun yang jadi,” tulis Tajul.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mendoakan kesembuhan Tajul dan ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai seorang isteri yang tidak sanggup melihat suaminya tercedera.

“Semoga cepat sembuh Tajul.

“Saya pun macam ni, suami sakit auto nangis sebab dia je kawan kita lepas kahwin.

“Get well soon Tajul, semoga dipermudahkan semua urusan. Keep strong Icaa,” tulis netizen.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 290,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca.

Menerusi perkongsian di TikTok yang dibuat oleh Shamieza yang mesra disapa Icaa, dia memberitahu keadaan suaminya semakin stabil dan memerlukan rehat yang cukup.

“Terima kasih semua yang mendoakan.

“Alhamdulillah, suami dah semakin stabil cuma kena rehat lama sikit lepas ni,” tulis Icaa.

Sementara itu, Tajul juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada Icaa di akaun TikTok miliknya kerana sentiasa berada disisinya biar apapun yang terjadi.

“Terima kasih yang doakan Tajul, dan tak lupa juga untuk wife I yang sentiasa ada di sisi walau apapun yang jadi,” tulis Tajul.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya mendoakan kesembuhan Tajul dan ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai seorang isteri yang tidak sanggup melihat suaminya tercedera.

“Semoga cepat sembuh Tajul.

“Saya pun macam ni, suami sakit auto nangis sebab dia je kawan kita lepas kahwin.

“Get well soon Tajul, semoga dipermudahkan semua urusan. Keep strong Icaa,” tulis netizen.

 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 290,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.

Halimey Zamal