Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti di laman Instagram, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu melakukan 44 tendangan bagi setiap kaki kiri dan kanan, simbolik kepada usia jurulatih peribadinya.

“Orang semua minta nyanyikan lagu birthday. Dia pula minta kita kick sampai 44 kali, aduiii,” tulis siti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji stamina yang ditunjukkan oleh Siti dan ada juga yang berseloroh bahawa jurulatih Siti beruntung kerana mendapat tendangan dari penyanyi kesayangan rakyat Malaysia.

“Seram pula dengar 44 kali, dahsyat betul. Power lah TokTi,” tulis seorang wargamaya.

 

 

Halimey Zamal