Tayang Body Di Instagram, Alvin Chong Buat Netizen Cair

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di Instagram.

Menurut Alvin, gambar tersebut dikongsikan bersama peminatnya kerana pencahayaan yang baik.

“Empty stomach + good lighting,” tulis Alvin di ruangan kapsyen.

Susulan daripada hantaran tersebut, ramai peminat ‘cair’ dengan selepas melihat tubuh badan Alvin.

Bukan itu sahaja, terdapat segelintir peminat meninggalkan komen ‘nakal’ untuk cuba memikat pelakon kacak itu.

Ada segelintir peminat yang bimbang dengan kesihatan Alvin dan memohon jejaka itu untuk menjaga pemakanan agar kekal sihat.

Bukan itu sahaja, ada juga komen positif iaitu bimbang akan kesihatan Alvin dan menyuruh dirinya untuk menjaga pemakanan agar kekal sihat.

 

Halimey Zamal