Mesra Berkempen, Ketampanan Shahril Hamdan Raih Tumpuan – “Kalau Single Baru Saya Pangkah”

Ahli politik, Shahril Sufian Hamdan merupakan salah seorang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15).

@shahrilhamdan Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya memberi sambutan yang baik apabila saya minta izin untuk menjadi wakil mereka. Semoga warga #AlorGajahLuarBiasa memilih Barisan Nasional. #KestabilanDanKemakmuran #AlorGajah #ShahrilHamdan #IzinkanSaya ♬ original sound – Shahril Hamdan

Sebuah video memaparkan Shahril yang sedang berkempen menyantuni orang ramai di sekitar Alor Gajah telah menjadi bualan warganet di media sosial.

“Rata-rata warga yang lebih berpengalaman daripada saya memberi sambutan yang baik apabila saya minta izin untuk menjadi wakil mereka,” tulisnya.

Namun, wargamaya lebih tertarik dengan kekacakan yang dimiliki oleh Shahril yang sentiasa tidak lokek dengan senyuman dan merendah diri melayan penduduk di Alor Gajah.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman TikTok, ramai yang telah jatuh hati dengan wajah tampan dan kredibiliti Shahril.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memberikan sokongan kepada Shahril dan memuji ketampananya.

“Mak saya cakap wakil BN Alor Gajah helok sebaik dia sampai rumah KL kami.

” Saya tak kenal terus Google, sekali tengok, wow elok YB. Okaylah, mak pangkahlah mak,” tulis seorang warganet.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 296,000 tontonan, dan lebih 26,000 tanda suka.

Halimey Zamal