Categories: Gaya Hidup

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Lagi 8 hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti ramai daripada anda yang sudah sibuk di dapur untuk menyiapkan biskut raya. Tapi macam mana kalau anda tak ada oven?

Jangan risau, kalau anda tak ada oven di rumah, anda masih boleh buat biskut raya! Hanya bakar biskut atas dapur gas sahaja dan yang pasti hasilnya biskut raya anda itu rangup dan gebu.

Nak tahu caranya? Ini perkongsian oleh Puan Irhana Chanella tentang cara bakar biskut raya atas dapur gas. Jom kita semak!

1. Anda boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup dan letakkan di atas dapur gas. Gunakan alas pelapik besi untuk menyokong loyang kuih anda. Pastikan penutup kuali mempunyai aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.

Foto: Facebook Puan Irhana Canella

2. Anda tidak perlu letak air atau pasir dalam pan, sebab dah ada alas pelapik besi.

Foto: Facebook Puan Irhana Canella

3. Sebelum anda memulakan kerja membakar biskur raya, panaskan sebentar pan dengan alas pelapik besi di dalamnya selama 10 minit dengan api sederhana kecil. Kemudian, barulah letak loyang kuih untuk membakar biskut anda.

 4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

Foto: Facebook Puan Irhana Canella

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat dalam 20 ke 25 minit.

Foto: Facebook Puan Irhana Canella

6. Tidak perlu sapukan minyak pada dulang biskut. 

Tak ada oven tak semestinya tak boleh buat biskut raya, kan? Cubalah cara ini, pasti ia memudahkan anda, tidak perlu lagi membeli biskut raya!

Sumber: Mingguan Wanita

tex_admin