Categories: Oh Lawa

Hairstylist Keluarga Kardashian-Jenner Mendedahkan 3 Kesilapan Penjagaan Rambut Yang Orang Selalu Buat

Keluarga Kardashian dan Jenner gemar menukar gaya rambut mereka sekerap mana mereka menukar fesyen pakaian. Tapi tak kira gaya mana yang mereka guna, mereka macam tak pernah ada “bad hair day”. Tak aci!

Orang yang bertanggungjawab ialah Jen Atkin, penggaya rambut selebriti yang juga pengeluar produk rambut OUAI di Los Angeles.

Dia telah menggayakan rambut ahli keluarga popular ini bertahun-tahun lamanya dan sering muncul dalam rancangan ‘Keeping Up With The Kardashians’.

Memandangkan dia memang pakar tentang rambut, Jen telah berkongsi tips penjagaan rambut serta kesilapan yang orang selalu buat ketika menjaga rambut mereka.

Foto: InStyle

1. Anda tidak memakai produk yang betul untuk jenis rambut anda

Jen berkata ramai orang menggunakan syampu dan conditioner yang salah.

“Orang tak sedar yang dari akar ke bahagian hujung, jenis rambut kita memang tak sama. Jadi hanya menggunakan satu jenis syampu takkan menyelesaikan segala masalah rambut yang ada.

Dengan ini, Jen mencadangkan anda menggunakan lebih daripada satu jenis syampu untuk merawat bahagian-bahagian rambut yang berlainan.

“Saya recommend anda guna satu syampu untuk akar rambut, dan satu lagi untuk bahagian hujung.

“Untuk akar, gunakan syampu pembersih atau penberi volume, manakala untuk hujung rambut, gunakan syampu pelembap.”

2. Anda tak menjaga kesihatan rambut dari dalam

Kerap memotong rambut adalah sebahagian daripada proses mengekalkan keadaan rambut yang sihat.

Pada masa yang sama, anda perlu juga menjaga rambut anda dengan mengambil supplement yang mengandungi biotin dan lemak ikan seperti Omega-3.

Vitamin memang penting, bukan saja untuk kesihatan dalaman, tapi juga untuk luaran.

3. Anda memotong rambut secara dramatik kerana dipengaruhi oleh perubahan dalam hidup

Menurut Kylie Jenner yang gemar tampil dengan bermacam-macam rupa gaya rambut, mengubahsuai stail rambut anda memang seronok.

Tapi melakukan perubahan yang drastik seperti memilih potongan yang tersangat pendek setelah melalui sesuatu insiden besar dalam hidup (seperti breakup) memang tak digalakkan.

Jangan terbawa-bawa dengan perasaan! Anda mungkin rasa sedih atau marah, tak pasal-pasal rambut anda menjadi mangsa. Nanti bila anda dah boleh berfikir dengan waras, anda mesti menyesal kerana membuat keputusan melulu begitu.

Jadi sebelum potong rambut secara mendadak, fikir betul-betul dulu, ya!

Sumber: Insider

Ad Ops