Cantik Macam Ernie Zakri Pun, Kena Body Shaming Juga?

Siapa kata, penyanyi cantik seperti Erni Zakri tidak terlepas dari menjadi mangsa body shaming menerusi instagram? Dan, kritikan negatif ini sekaligus mengganggu emosi beliau.

Pemilik nama sebenar Nur Erni Shahirah Zakri, 28, ini mengakui mempunyai perasaan kurang yakin dengan saiz fizikalnya yang agak petite. 

Pelantun lagu Ku Bersuara ini dilihat memuat naik status menerusi akaun Twitter miliknya dengan mengatakan beliau perlu mengurangkan berat badan sehingga 43 kilogram selepas ini.

“Saya pernah menajdai mangsa body shaming mungkin disebabkan ketinggian dan orang nampak saya cepat berisi. Mengkritik fizikal orang adalah sesuatu yang tidak baik . Walaupun orang kata saya bertubuh kecil tapi saya sendiri kurang yakin dengan badan saya dan sedikit sebanyak ia menganggu emosi. Tapi tidak sampai down yang teruk” Katanya.

Terdahulu, Erni pernah meluahkan rasa kurang seangnya terhadap komen netizen yang mengkritik saiz dan bentuk badannya. 

” Saya sendiri teringin nak fit, jadi buat masa sekarang saya hanya jaga pemakanan dan lakukan beberapa senaman” Jelasnya.

Sumber : Instagram @erniezakri

Dalam perkembangan lain, Ernie baru sahaja mengeluarkan lagu terbaru beliau berjudul Gundah yang telahpun meraih tontonan sebanyak 226,921 sejak ianya dimuat naik menerusi Youtube.

Salma Syahbuddin