“Cara Mudah Nak Butakan Mata Orang Kita, Nombor 1. Pakai Jubah” – Naim Daniel

Ciapan terkini pelakon dan penyanyi, Naim Daniel di platform X menarik perhatian ramai pengikutnya di media sosial.

Cukup terkenal dengan perwatakannya yang lantang bersuara serta memberikan mesej-mesej di media sosial, kenyataan Naim sekali lagi mencetus persoalan ramai.

Menurut pelantun lagu terkenal Sumpah ini, Naim menyifatkan berpakaian jubah amat mudah untuk ‘membutakan mata’ masyarakat zaman kini.

“Cara mudah untuk butakan mata orang kita; 1. Pakai jubah, 2. ikut nombor 1, 3. Ikut nombor 1 dan 2,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak mendakwa ciapan Naim itu berkait dengan konflik hak penjagaan anak antara bekas pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina.

Ada dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan pendapat Naim tersebut, malah mereka turut menambah individu ‘rap’ dalam senarai itu.

Namun begitu, ada juga sesetengah netizen mengkritik Naim kerana seolah-olah menyibuk berhubung masalah rumah tangga orang lain.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Naim berkongsi semula paparan berita portal OHBULAN! mengenai temu bual Noh Salleh yang mendedahkan Essam mengcalang Musa untuk memanggilnya ‘bapa’.

Sebelum ini, suami Mizz Nina iaitu Essam Muhammad menjadi sebutan ramai di platform media sosial apabila ramai pihak kurang senang melihat cara percakapan suaminya itu superit sedang rap.

Bagaimanapun, Naim tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung ciapan tersebut, malah dia juga tidak membalas kritikan-kritikan netizen.

Artikel Berkaitan: Suami Mizz Nina Dikritik Pakai Rantai, Netizen Kurang Senang Tengok Cara Essam Bercakap – “Over, Tak Boleh Tenang Sikit Ke?”

Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Berjauhan Tapi Boleh Tinggal Untuk Ke Luar Negara?” – Individu Pertikai ‘Statement’ Mizz Nina, Respons Noh Salleh Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Ibu Kandung Musa Dakwa Kenyataan Noh Salleh Tidak Benar – “Dia Suruh Saya Block Mizz Nina”

Artikel Berkaitan: “Dating Pergi US, Bibik Yang Jaga… Memanglah Trauma!” – Bukan Culik, Noh Salleh Mahu Selamatkan Musa… Nekad Mahu Lawan Berlandaskan Undang-Undang

Aqilah Paharuzi