Cepat & Tangkas! Aksi Amelia Henderson Main Filter Matematik Buat Ramai Tergamam

Terkenal dengan kecantikannya yang semula jadi, pelakon Amelia Henderson turut dikagumi ramai dengan kebijaksanaannya yang luar biasa.

Terdahulu, Amelia pernah mendedahkan bahawa dirinya merupakan ahli persatuan IQ tertua di dunia, Mensa International dengan memperolehi IQ sebanyak 180 pada umur 14 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: #TriviaXTRA: Layak Digelar ‘Beauty with Brain’ Tapi Membosankan? Ini 4 Perkara Menarik Tentang Amelia Henderson!

Perkara tersebut telah dibuktikan selepas pelakon jelita itu memuat naik videonya menjawab soalan Matematik dengan menggunakan filter di TikTok, baru-baru ini.

@ameliath🟰

♬ kiss me more – no

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya kagum dan tergamam tmelihat ketangkasan pelakon jelita itu menjawab setiap soalan dalam masa yang singkat.

Fatin Nurain