Puteri Sarah Muat Naik Foto Mesra Bapa & Bapa Mentua, Netizen Petik Nama Kazar: “Sorry Not In List”

Pelakon Puteri Sarah memuat naik foto bapanya, Megat Kamaruddin dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam berbuka puasa bersama.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, kedua-dua bapanya bersalaman dan hubungan baik mereka tidak terjejas meskipun anak-anak mereka sedang melalui masalah rumah tangga.

Sarah menyifatkan kedua-dua bapanya merupakan figura yang dia sangat dia hormati dan turut berterima kasih kerana menghormati keputusannya untuk bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof.

“Dua figura yang sangat saya hormati dan segani. Dua figura yang sentiasa jaga Sarah dan sayang Sarah.

“Besan’s for life. Moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat no matter what will happen in the future.

“Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan nama bapa mentua baru kepada Syamsul iaitu pelakon Kazar Saisi yang dikatakan tidak pernah akan merasai perkara seperti itu bersama keluarga Yusof Haslam.

“Makan hati lah Kazar nak buat jugak macam tu.

“Termenung Kazar.

“Kazar not in list. Sorry,” komen netizen.

Maya Basir