Cetus Kemarahan Umat Islam Gara-Gara Klip Video Berimej Songsang, Aliff Syukri Hadir Ke SKMM Beri Keterangan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tiba diperkarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung muzik video kontroversinya.

Difahamkan, beliau tiba di Mahkamah pada jam 9.58 pagi dengan memaki kot berwarna kelabu dan berseluar hitam serta sempat menyapa rakan media yang berada di lokasi.

“Maaf ya, saya kena masuk ke dalam,” katanya.

Pada Isnin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, individu yang terlibat dalam muzik video berkenaan telahpun diberikan notis untuk hadir ke SKMM bagi memberi keterangan.

Sementara itu, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga telah dibuka.

Terdahulu, video muzik berjudul Kelepok Raya itu mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak susulan penari latar dalam video klip berkenaan tampil berperwatakan wanita.

Dan ini sekaligus disifatkan sebagai mempromosikan gaya hidup songsang.

 

Sumber: Sinar Harian

Salma Syahbuddin