Che Ta Dedah Telefon Bimbit Kena Pick Pocket Ketika Berada Di London – “10 Hari Tak Ada Phone Rasa Macam…”

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan sentiasa menjadi tumpuan warganet lebih-lebih lagi penampilan fesyennya sering diperkatakan di media sosial.

Terbaharu, Rozita atau lebih mesara disapa Che Ta memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan dia berada di kota Paris untuk bercuti bersama keluarga tercinta.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila Che Ta memaklumkan bahawa telefon bimbitnya telah dicuri oleh penyeluk saku ketika berada di kota London.

“10 hari tak ada telefon, rasa macam duduk dalam gua.

“Kami kena picked pocket masa kat London. Hilang telefon macam hilang mak,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap Che Ta. Malah ramai juga yang menceritakan pernah berdepan situasi sama ketika berada di kota tersebut.

Khairil Khusyairi