Che Ta Mengamuk, Kisah Rumah Tangga & Dakwaan Suami Berani Naik Tangan Tular -“Kurang Ajar! B*Bi Mana Yang Buat Cerita Ni”

Pelakon popular, Rozita Che Wan berang selepas dakwaan mengenai rumah tangganya goyah sehingga menyebabkan suaminya, Zain Saidin berani ‘naik tangan’ tular di platform media sosial, Facebook sejak Jumaat.

Menerusi hantaran di Instagram, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil menegur posting berkenaan yang didakwa dihantar oleh kelab peminat pelakon, Wafariena.

Malah, pelakon drama Kak Marr ini juga meminta agar semua peminat dan pengikutnya melaporkan akaun tersebut kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

“B*b* mana yang buat cerita anak haram sangat ni? Kurang Ajar! Wafariena Fan Clubs?” tulisnya.

Susulan hantaran berkenaan, rata-rata pengikut Che Ta tampil mempertahankan aktres ini dan menasihatkannya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Tidak mahu namanya terus tercalar, Wafariena tampil meninggalkan respons di ruangan komen balas hantaran berkenaan.

“Ya Allah, Tak ada kerja lain kot orang yang buat fitnah semua ni.

“Tak pasal kita pula yang kena, Fan club Wafa yang official cuma satu je @wafariena_rangers. Yang lain semua sampah masyarakat. Buat kontenyang bukan-bukan,” katanya.

Mengulas lanjut,  Wafariena menerusi kenyataannya kepada pihak mStar memaklumkan, ini bukanlah kali pertama namanya ‘dipetik’ disebabkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.

Bahkan dia juga sudah beberapa kali membuat laporan mengenai isu terbabit.

“Demi Allah bukan saya yang buat. Saya pun fan club cuma ada satu sahaja iaitu Wafariena Ranger. Itu pun kakak saya yang uruskan. 

“Saya tahu mengenai perkara tu pun selepas ahli keluarga hantar posting berkenaan dalam group sembang keluarga kami.

“Masa dapat tusaya cakap dekat semua supaya buat tak tahu sebab bukans aya yang buat, orang lain,” jelasnya.

 

Salma Syahbuddin