Categories: Hiburan

Che Ta Pesan Wanita Jangan Jadi Bodoh – “Kalau Lelaki Belasah Naik Tangan, Anda Kena Angkat Kaki”

Pelakon Rozita Che Wan menyeru agar mana-mana wanita yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menegaskan wanita perlu bijak dan jangan mudah ditindas oleh lelaki.

“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini,” katanya.

Melihat kepada kes-kes keganasan rumah tangga yang menjadikan wanita sebagai mangsa, Che Ta menasihati kaum hawa agar segera meninggalkan lelaki jika mereka dupukul atau dicederakan.

Che Ta turut mengingatkan agar wanita tidak perlu takut untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan yang sepatutnya.

“Jadi saya nasihatkan… kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.

“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).

“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” jelasnya.

Memetik laporan Nona, Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.

“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.

“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.

Trauma dengan apa yang tular di media massa, Che Ta berasa geram dan sukar untuk memberi peluang kedua kepada lelaki yang pernah memukul wanita.

“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya lagi.

Sumber : Nona

Syamir Shafie