Mona Allen Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai Tunjuk Solidariti Free Palestine? – “Nothing Changed, Hanya Buang Masa”

Pelakon Mona Allen berpendapat bahawa berhimpun dan berkumpul beramai-ramai untuk menunjukkan solidariti ‘Free Palestine’ sepatutnya tidak perlu dilakukan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia juga memilih untuk tidak hadir ke acara berkenaan kerana merasakan kurang senang dengan cara itu.

Malah, dia mengatakan acara seperti itu hanyalah membuang waktu.

“Sorry. But I don’t think berkumpul ramai-ramai and berconcert is necessary. It doesn’t feel right.

“Tengok negara lain macam mana, that’s why I tak attend. Coz even you buat macam tu, still, conditions are the same.

“Nothing changed. Hanya buang masa,” ujarnya.

Sementara itu, Mona mengatakan ia hanyalah sekadar taktik politik untuk menaikkan nama orang yang sudah terkenal.

“Politics and making people who is famous more famous. Fame,” tulisnya bersama hastag #FreePalestine #MalaysiaOhMalaysia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin bersama ribuan masyarakat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Selebriti yang turut hadir ke perhimpunan tersebut antaranya ialah Nur Fazura, Fattah Amin, Mimi Lana dan Faizal Tahir.

Maya Basir