Susulan berhubung artikel Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi yang menegur trend menjadikan Mekah suatu lokasi untuk berfesyen beberapa minggu lalu, pelakon Rozita Che Wan memberitahu dia tidak sama sekali terkesan!

Maklumlah, setiap kali pelakon ini menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, Che Ta akan memuatnaik gambar menerusi laman sosial dengan fesyennya tersendiri.

“ Secara peribadi, saya tidak terasa. Artikel berkenaan tidak menyebut mana-mana individu atau artis. Hairan juga saya bila orang terfikir nama saya sedangkan ramai lagi artis pernah ke sana.

“Niat saya memuat naik gambar kenangan di Mekah dengan harapan ia memberikan motivasi kepada mereka yang belum pernah sampai dan mengubat kerinduan pada ingin mengunjungi rumah Allah itu sekali lagi,” katanya.

Pinta Che Ta lagi, setiap orang perlu menilai perbuatan seseorang dengan mata hati dan bukan mata kasar semata-mata…

“ Niat merakam gambar di Mekah dan Madinah bukanlah untuk menunjuk atau berbangga namun hanya sekadar berkongsi pengalaman bersama peminat yang ada. Umum sudah tahu saya seorang yang mementingkan penampilan kemas dan elegan kerana sudah terbiasa dengan rutin seperti itu,” katanya.  

 

SGMS Faida