Checkout Seawal Pagi, Zulin Aziz Kena ‘Kacau’ Di Cameron Highlands – “Ada Tapak Tangan Dekat…”

Pelakon Zulin Aziz berkongsi pengalaman seram semasa menginap di sebuah hotel di Cameron Highland, Pahang semasa bercuti bersama suaminya, Farhan Norzaini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia dan suami diganggu dan mengalami beberapa gangguan sehingga masuk waktu Subuh.

“Lama tak pergi Cameron Highlands. Tapi kena kacau hantu memang tak kelakar ya!!

“Tak cukup tidur. Dia ganggu sampai nak masuk subuh,” kongsinya.

Menurutnya, dia membuat keputusan untuk daftar keluar dari hotel tersebut seawal pagi.

“Mengantuk pagi-pagi tu terus checkout. Nasib baik breakfast sedap.

“Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin. Kau rasa? Bunyi bising, anjing menyalak, tarik perabot.

“Lepas ni aku pergi Cameron naik balik hari jelah. Siang indah, malam seram oi,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman seram mereka semasa berada di tanah tinggi, Cameron Highlands.

Maya Basir