[VIDEO] Shila Amzah Minta Gelang Emas Baru, Respons Ubai Buat Ramai Berdekah!

Penyanyi, Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila meminta tunangnya, Ubaidillah MZ membelikan seutas gelang emas.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, Shila berkata dia masih mempunyai ruang untuk memakai dua hingga tiga gelang emas di pergelangan tangganya.

“Sayang, saya punya gelangkan macam sikit je. Saya ada satu je, ada space ni boleh lagi letak dekat sini, satu dua tiga gelang,” katanya sambil menunjuk pergelangan tangannya.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, respons Ubai terhadap permintaan Shila mencuit hati ramai yang sengaja membuat seperti siaran TikTok live tersebut terganggu.

“Aduh, line tak ada ni yang (sayang).. angin kuat ni hello dengar ke,” katanya sambil membuat bising menandakan line telefon terganggu.

Pelantun lagu Memori Tercipta yang seakan mahu merajuk itu berubah menjadi ceria apabila Ubai berjanji akan membawanya ke kedai emas.

“Okaylah, nanti kita cari sama-sama la eh,” kata Ubai memujuk Shila.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, Shila dan Ubai sah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei lalu.

Sekadar info, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Haris Idraki pada Februari 2002 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak, Seth Uwais.

Aqilah Paharuzi