Kesal Ibu Terima Tempias, Haris Annuar Maklum Keluarga Tak Setuju Nadia Annuar Buka Tudung – “Sekurangnya Dah Terlepas Dari Dosa Sebab…”

Pelakon, Harris Annuar memaklumkan mereka sekeluarga membantah keputusan kakaknya, Nadia Annuar untuk membuka tudung.

Menurutnya, sebagai adik dia sudah menasihati kakaknya namun akhirnya terpaksa akur kerana mempercayai Nadia mempunyai sebab sendiri atas tindakannya itu.

“Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

“Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya.

“Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.

“Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu,” katanya.

Sementara itu, Harris yang juga personaliti media sosial itu meluahkan rasa kesal apabila rata-rata netizen melemparkan tohmahan kepada ibunya, usahawan kosmetik Zaiton Hassan yang terpalit dengan keputusan kakaknya itu.

“Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen.

“Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula,” tuturnya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila selebriti Nadia Annuar membuat keputusan untuk menganggalkan tudungnya pada ulang tahun ke-39.

Jelas Nadia, keputusannya itu adalah demi menjaga masalah mental yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Pengikut Berhenti Hina, Nadia Annuar Tampil Dedah Sebab Buka Tudung – “Satu Keputusan Yang Sukar…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Pijak Sampai Puas, Kalau Tak Puas… Pijak Sampai Mati!” – Tampil ‘Free Hair’, Nadia Annuar Mohon Jangan Salahkan Ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’

Sumber: mStar

Aqilah Paharuzi