Chef Wan Tempelak Netizen, Saran Contohi Menteri Termuda

Chef terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi Instagramnya semalam meluahkan rasa bangga terhadap tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sanggup mengutip sampah di tempat duduk dalam Stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir piala FA.

Dalam posting berkenaan, Chef Wan menulis sikap Menteri muda itu patut dijadikan contoh semua rakyat Malayia terutama yang mempunyai tabiat pengotor.

Its disguting enough to see all this rubbish but what is even more disgusting is to read punya la ramai rakyat Malaysia yang menulis comments di social media yang bukan sahaja kurang ajar and disrespectful to the minister tetapi boleh perli-perli lagi konon gila glamour dan lain-lain.

“ Saya percaya ada di antara komen pedas dan sinis itu datang daripada musuh Pakatan. Dah kalah dan majoriti rakyat negara ini menolak BN dan Umno sudah la…Yang nak meleret ni semua apa hal?

“ Tak sedar ke apa yang ditulis tu sebenarnya membayang kan kebodohan dan kesombongan masing- masing? Omg, malulah!

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur atas sikap yang ditunjukkan Menteri muda ini berbanding kata-kata netizen yang busuk hati.

“ Kita jika bodoh mcm mana pun masih boleh di ajar tetapi jika ego dan sombong minta maaf lah.

“ Sepatutnya kita lagi nak belajar daripada manusia-manusia berbudi perkerti bukan memalukan beliau dengan kata-kata begitu. Sia-sia mak bapak hantar sekolah jika tak boleh nampak apa yang terjadi,” tulisnya.

Video yang menunjukkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mengutip sampah di dalam stadium menjadi bualan ramai sehingga kini. Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda itu.

SGMS Faida