Glamour Punya Pasal, Cinta Zayn Malik Dan Gigi Hadid Dibuat-Buat?

Putus sekitar Mac lalu, pasangan sensasi Zayn Malik dan Gigi Hadid dilaporkan menyambung balik hubungan cinta mereka bulan lepas.

Sepanjang dua tahun berpacaran, ramai peminat menganggap hubungan mereka hanya palsu. Ye ke ni?

Mereka menjadi mangsa kritikan berterusan apabila dihentam di Instagram. Rata-rata menganggap hubungan mereka ‘direka’ untuk kekal relevan di kalangan peminat.

Malah timbul dakwaan bahawa bekas anggota One Direction itu tidak lagi mengikuti Gigi di Instagram sekaligus menguatkan lagi gosip tersebut.

Gigi bagaimanapun tampil membalas komen-komen tersebut, menjelaskan ia adalah fitnah dan hubungannya dengan Zayn adalah benar.

Model terkenal itu turut meminta netizen menghentikan tohmahan terhadap mereka dan dia tidak akan berpura-pura dalam menjalinkan hubungan.

Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan Zayn meninggalkan kediaman Gigi di New York. Tapi bukan bergaduh tau! Difahamkan pasangan ini sempat bercium sebelum penyanyi lelaki itu keluar dari situ. Semoga hubungan mereka baik-baik sajalah ya…

SGMS Faida