Chot Raja Lawak Beri Bayangan Bekas Isteri Tak Beri Ruang Berhubung Dengan Anak?

Umum mengetahui mengenai kontroversi rumah tangga pelawak dan penyampai radio, Chot Raja Lawak telah berkahwin dengan kakak Syura Badron selepas bercerai dengan isterinya hampir setahun.

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram Storiesnya (IGS), dia berkongsi keratan artikel yang menyatakan pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali masih berkomunikasi demi anak walaupun sudah berpisah pada 2021.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditinggalkan Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan pada hantaran tersebut.

Chot dilihat seperti memberi bayangan bahawa bekas isterinya, Siti Zafirul Azzah tidak memberinya ruang untuk berhubung dengan anak mereka selepas bercerai.

“Untunglah ada ruang komunikasi dengan anak!” tulisnya ringkas.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila bekas isterinya itu mendedahkan bahawa perkahwinan mereka berkecai akibat daripada orang ketiga iaitu Zurina Badron dan telah bernikah pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Chot dan Siti Zafirul berkahwin pada Ogos 2017 namun bercerai pada Mac 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Sher Harraz namun telah meninggal dunia akibat masalah jantung dan Ahmed Sher Hayyaz.

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dedah Bercerai Angkara Orang Ketiga, Chot Raja Lawak Baru Kahwini Janda Anak 3?

Artikel Berkaitan: “Ada Fikir Sebelum Curang?” – Chot Dedah ‘Tak Bahagia’ Dengan Perkahwinan Dulu, Bekas Isteri Minta Jangan ‘Play Victim’

Artikel Berkaitan: “Kami Memang Tak Bahagia Pun!” – Chot Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Berkenalan Dengan Wanita Lain Sebelum Cerai

Artikel Berkaitan: “Apa Makna Ikhlas Tu?” – Pernah Seperti Adik & Kakak Dengan Bekas Isteri Chot, Zurina Badron Terkesan Dilabel ‘Penyondol’

Atiqah Johari