[VIDEO] Leona Tak Lekat Di UK, Pulang ke Malaysia Untuk Berpuasa Bersama Keluarga

Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi yang anaknya, Kasih Iris Leona sudah pulang ke Malaysia untuk berpuasa bersama keluarga.

@theazharsulaimanMek Leona is back at home! Bengong betul takleh lekat kat UK…♬ original sound – AzharSulaiman

Azhar mendedahkan perkara terbabit menerusi hantaran terbaharu di laman TikTok miliknya.

“Leona ni susah betul nak lekat dekat UK, balik dah nak puasa dengan kitorang, taktahan. Aduh kecoh betul lah makcik ni,” kata Azhar dalam video tersebut.

Leona merupakan anak bongsu Azhar dan sedang melanjutkan pelajarannya di United Kingdom (UK).

Menerusi video tersebut, Leona meminta untuk pergi ke bazar Ramadan menaiki motor.

Azhar sempat bergurau untuk menaiki motor bertiga bersama Leona dan anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.

“Naik motor bertigalah. Kasih duduk tengah jadi sandwich,” ujar Azhar mengakhiri video tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons netizen yang terkejut kerana Leona berulang alik dari UK ke Malaysia seolah-olah itu perkara biasa.

“Dia ulang alik macam KL – Johor je.

“Saya pun terkejut mami tahu tahu tengok dengan IG dah ada sini lepas balik dari iceland. Unpredictable betul Leona ni.

“Pergi balik UK macam pergi bazar Ramadan je,” tulis netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Leona berkongsi gambar percutiannya di Iceland menerusi laman Instagram miliknya menyebabkan netizen terkejut dengan kepulangannya kali ini.

Izzi Farhana