Netizen Selidik Akaun Twitter Pengarah Terkenal, Kantoi Tonton Video Lucah G*y?

Heboh di media sosial Twitter mengenai seorang pengarah drama popular hangat menjadi sebutan ramai atas dakwaan menonton video lucah di aplikasi tersebut.

Berdasarkan sebuah ciapan, terdapat individu meneliti akaun Twitter pengarah tersebut di bahagian ā€˜likesā€™ tertera beberapa video lucah yang disukainya pada tahun 2019 dan 2022.

Dalam ciapan yang sama juga, individu berkenaan turut memuat naik tangkapan skrin status Facebook pengarah tersebut yang mempersoalkan tentang penceramah yang disekat daripada memberi ceramah.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan XTRA, kali terakhir pengarah tersebut aktif di Twitter adalah pada tahun 2019 dan menerusi pemerhatian juga, pengarah itu telah menarik semula video lucah yang disukainya itu.

Menjengah ke ruangan Facebook dan Instagram pengarah tersohor ini, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihaknya berhubung dakwaan menonton video lucah.

Aqilah Paharuzi