Cari Konklusi Tak Bermaksud Berbaik, Diana Danielle Tetap Mahu Bercerai?

“Harapnya kita boleh come to a conclusion and settlement”.

Demikian kenyataan pelakon Diana Danielle selepas selesai perbicaraan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Terkini, menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memberitahu untuk tidak salah faham dengan kenyataan itu dengan mengatakan dia mahu menyelamatkan rumah tangganya.

“Seeking a conclusion doesn’t mean getting back together.

“Jangan salah faham pula dengan statement saya,” ujarnya.

Pelakon filem Imaginur ini dipercayai tetap mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil.

Sebelum ini, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 10 Mac lalu dengan alasan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Oleh itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Maya Basir