Cik B Beli Kereta Harga RM1.7 Juta, Netizen Berseloroh: “Mantap! Moga Pandai Guna Signal Okay”

Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mencuri perhatian selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang berada di sebuah kedai kenderaan mewah.

Menurutnya, dia teruja apabila akhirnya berjaya memiliki kereta idamannya.

“Excited betul nak ambil kereta masa ni. Tapi cuba kau orang teka Cik B beli kereta apa?”  katanya.

Tidak habis disitu, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin akhirnya mendedahkan, bahawa kereta mewah idamannya adalah kereta model, Mercedes Benz G63 Brabus yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

“It’s definitely G63, gangg!” kongsinya.

Dalam pada itu, Cik B turut berkongsi, kereta mewah berwarna hitam itu juga memiliki nombor flat istimewa sempena namanya.

Bersyukur kerana dikurniakan rezeki memiliki kereta idamannya, Cik B sempat menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya yang sentiasa

“First of all, saya nak cakap thank you so much kepada mama. Sebab kalu tak ada mama dekat dengan saya, saya takkan dapat kereta G Wagon Brabus G63 Original tau bukan convert.

“So, terima kasih sangat-sangat mama, love you all and happy birthday to me,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa teruja dan berbangga dengan pencapaian Cik B.

Malah, ramai yang memuji sikap DSV yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat anaknya.

Meskipun ramai yang berasa teruja melihat pencapaian Cik B, namun terdapat segelintir dalam kalangan warganet yang sempat berseloroh apabila meninggalkan komen meminta agar Cik B tidak terlupa untuk menggunakan ‘lampu signal’ kelak.

Salma Syahbuddin