Categories: Trending

Busana Pernikahan Dikritik, Tyra Kamaruzzaman Terbuka Terima Teguran

“Apa yang tak baik tu kita tolak tepi,” demikian kata pempengaruh dan usahawan terkenal Tyra Kamaruzzaman selepas menerima kritikan mengenai busana pernikahannya sejak Jumaat lalu.

Terdahulu, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal dengan mas kahwin sebanyak RM1,111, pada 3 Mei lalu.

Namun, sesetengah netizen sempat meluahkan rasa kurang senang dengan busana yang dikenakan oleh pempengaruh itu kerana sedikit terdedah pada bahagian dada.

Menyedari perkara itu, Tyra tampil memberikan respons selepas salah seorang pengikutnya bertanya menerusi sesi Q&A di Instagram Story, semalam.

Kata Tyra, dia terbuka menerima sebarang teguran dan pendapat serta mengakui khilafnya.

“Saya terima dengan hati yang terbuka. I do not see anything wrong with people giving their opinion.
Tak ada yang salah pun dan lebihnya mereka mendoakan dan bercakap benda yang baik.

“Apa yang tak baik tu kita tolak tepi lah kan. Manusia mana lari dari buat kesilapan, it’s also not our job untuk menghukum.

“Cukup sekadar mendoakan, saya pun appreciate teguran dan doa yang saya terima. No problem,” katanya.

Fatin Nurain