Tubuh Faisal Halim Dibalut Seperti Mumia… Sempat Kirim Salam Pada Kawan-Kawan

Susulan mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, lengan dan badan kesan daripada curahan asid sulfurik, tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim dilaporkan dibalut seperti ‘mumia’ dalam usaha memastikan selurh badannya tidak dijangkiti kuman.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar, Faisal sudah sedar dari pembedahan pertamanya, namun dia akan ‘bertarung’ untuk pembedahan kedua sekaligus mengharapkan doa daripada orang ramai agar prosedur itu berjalan lancar.z

“Dia minta doakannya dan kirim salam kepada rakan lain. Kemungkinan akan ada pembedahan lain lagi dan sekurang-kurangnya 10 hari dia berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Pemain Bola Sepak, Netizen Bengang… Sempat Luah Rasa Simpati Buat Faisal Halim – “Saya Kutuk Sekeras-Kerasnya Kejadian Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Bagaimanapun, Faisal kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan keduanya yang berlangsung selama hampir tiga jam pada petang, Selasa.

Terdahulu, insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid sulfurik pekat menyebbakan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur tahap empat.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.

Namun, kondisi kesihatannya dilaporkan semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan pertama.

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin