Safiq Rahim Pula Diserang, Dua Individu Pecah Cermin Belakang Guna Tukul Besi! – “Mereka Berhenti, Sempat Tunjuk Saya…”

Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, terkini seorang lagi pemain bola sepak Kebangsaan, Safiq Rahim turut menjadi mangsa, malam tadi.

Dalam satu laporan Polis, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berkata dia didatangi oleh dua individu menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin belakang keretanya menggunakan tukul besi.

Kejadian berlaku ketika Safiq dalam perjalanan pulang selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam.

“Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal oleh dua lelaki datang ke arah saya dan salah seorang pembonceng motosikal tersebut mengeluarkan tukul besi lalu mengetuk cermin bahagian belakang kereta.

“Ketukkan tersebut menyebabkan saya terkejut dan saya memberhentikan kereta saya.

“Kemudian, dua lelaki tersebut berhenti dihadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.

“Akibat takut, saya mengundurkan kereta saya dan dua lelaki tersebut terus beredar dari lokasi.

“Ketukkan tersebut menyebabkan cermin bahagian belakang kereta saya pecah,” katanya.

Pada Khamis lalu, pemain Terenggangu FC, Akhyar Rashid disamun lebih dua mangsa tidak dikenali mengalami kecederaan di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000.

Selang dua hari, industri sukan sekali lagi dikejutkan dengan pemain bola sepak Kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid sulfurik pekat sehingga melecur tahap empat, Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Dipukul Dengan Cota Di Kepala & Badan, Akhyar Rashid Disamun… Hilang Dompet & Telefon Bimbit

Artikel Berkaitan: Faisal Halim Melecur Tahap 4 Akibat Disimbah Guna Asid Sulfurik Pekat

Aqilah Paharuzi