Cikgu Shafi ‘Salute’ Vokal Marsha di AJL 37, Anggap Nyanyian Sangat Luar Biasa- “Hanya Segelintir Orang Dikurniakan Bakat Hebat…”

Walaupun sudah empat hari melabuhkan tirainya,  bahang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) masih terasa apabila ramai yang kekal memperkatakan tentang persembahan dan kualiti vokal nyanyian barisan artis yang bertanding.

Ini termasuklah, guru vokal popular Shafizawati Sharif atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shafi yang memuji salah seorang anak didiknya iaitu Marsha Milan Londoh.

Menurutnya, Marsha bukan sahaja bekerja keras demi AJL 37, namun kemampuan vokal yang ditunjukkan pada malam itu menerusi lagu Kembali Terang disifatkan sebagai nyanyian yang berintensiti tinggi dan hanya segelintir individu sahaja yang diberikan kelebihan dan bakat seperti itu.

“Apa yang dilakukan Marsha dinamakan nyanyian yang berintensiti tinggi yang mana hanya segelintir individu yang dikurniakan ‘hadiah’ itu.

“Marsha telah dikurniakan kebolehan untuk mencipta range tersendiri dan untuk itu saya salute kepadanya,” katanya.

Perkara itu dikongsi Cikgu Shafi menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.

 

Tambahnya, Marsha juga seorang penyanyi yang hebat apabila sentiasa menunjukkan keazaman dan disiplin yang berterusan.

“Selama beberapa minggu, kami bekerjasama untuk memperkemaskan vokal Marsha. Ia termasuk kerja fizikal, mental, dan inner-soul.

Selama berminggu-minggu, saya melihat keazamannya sendiri dan kemahuan untuk mengekspresikan seninya, dan disiplin yang dia miliki sebagai penyanyi yang sangat mengagumkan,” jelasnya.

Terdahulu, pemenang Vokal Terbaik dan tempat kedua pada AJL 36 ini gagal membawa pulang sebarang trofi biarpun nyanyiannya pada malam penuh berprestij itu berjaya memukau penonton.

.

 

 

Salma Syahbuddin