Comel! Gelagat Jebat Jayden Dalam Misi Mencari ‘Mommy’ Bikin Berdekah, Netizen Komen: “Pandai Berlakon Macam Baba!”

Usahawan popular yang juga kakak kepada selebriti terkemuka Neelofa, Noor Nabila sekali lagi mencuri tumpuan selepas dia berkongsi video anak kesayangannya, Jebat Jayden menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, Jebat kelihatan dalam misi mencari ‘mommy’ yang turut menampilkan pelakon Amelia Christie, Noor Nabila dan beberapa individu lain.

“Jangan cakap mommy tak bagi greenlight pula tau lepas ni,” tulis pada kapsyen berkenaan.

Namun, apa yang mencuri perhatian, gelagat Jebat ketika berlakon dalam misi pencarian ‘mommy’ tersebut mengundang tawa dalam kalangan warganet, apatah lagi ketika dia melihat Amelia sedang bermain buaian berlatar belakangkan lagu popular Korea berjudul, Still Love You.

Bukan itu sahaja, peminat juga turut memuji lakonan Jebat yang tidak kekok bahkan menyifatkan bakat tersebut diwarisi dari bapanya, Sharnaaz Ahmad.

“Sukanya dua-dua ni! Comel sangat sangat.

“Jebat ni kan…Hang kalau buat muka gatai memang sebiji perangai pak hang.

“In character lah Jebat memang gaya Babah.

“Masya-Allah padnai sungguh Jebat berlakon. Bijak sungguh. Moga jadi anak yang soleh, hebat.

“Jebat ni bukan takat tawan hati orang dalam video, luar video ni pun ketawa.

“Jebat dah boleh berlakon macam Babah. Habis lah Babah tak boleh cari makan.

“Jebattttt! Comelnya dia. Dia punya gatal tu macam pak dia,” komen netizen.

Bagaimanapun,  hantaran video berkenaan hanyalah sekadar untuk mempromosikan produk beg sekolah dibawah jenama MommyHana.

 

 

Salma Syahbuddin