Comel! Remy Ishak & Isteri Dedah Wajah Tampan Tuah Alam

Pelakon Remy Ishak dan isteri tersayang, Ezza Yusof mendedahkan wajah putera sulung, Tuah Alam di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, wajah anak mereka Tuah dikongsi secara ekslusif dalam sebuah program hiburan yang baru sahaja ditayangkan semalam.

Di hantaran tersebut, Ezza memuat naik foto keluarga kecilnya yang telah meraih tumpuan ramai terpesona melihat ketampanan Tuah.

“Thank you aunties uncles, acik acik sudi tonton #ohbabyRemy 1st Episode tadi. Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke Instagram Remy turut memuat naik foto bersama anaknya itu yang mengucapkan terima kasih kerana hadir dalam hidup mereka.

“Terima kasih Tuah hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mendoakan Tuah membesar dengan sihat, selain memuji kecomelan wajah anak kecil itu.

Sekadar info, Remy dan Ezza selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun menjalin cinta.

Ezza selamat melahirkaj cahaya mata sulung dengan sihat pada 29 Julai lalu.

Aqilah Paharuzi